Saturday, 22 August 2015

Merungkai Keraguan Pengambilan Vitamin atau Suplemen

"Vitamin? Tidak perlu ambil vitamin, membazir duit saja sebab mahal. Bukan boleh sembuhkan penyakit pun. Kalau tidak sesuai, silap-silap boleh rosakkan buah pingang". 

Ini lah dia antara luahan keraguan yang lebih bersifat negatif oleh sesetengah orang. Setiap orang ada keyakinan dan kepercayaan yang berbeza terhadap vitamin. Tanggapan-tanggapan negatif biasanya oleh mereka yang masih belum merasa kebaikan vitamin itu sendiri ataupun mereka yang pernah mendengar atau membaca kes-kes atau isu-isu negatif yang viral disebabkan pengambilan vitamin. 

Walau bagaimanapun kita kena hormat pandangan masing-masing kerana setiap orang ada alasan tersendiri. 

Antara sebab-sebab keraguan untuk mengambil vitamin adalah:
1. Mind-set: Dari kecil lagi sudah terbiasa dengan statement "pengambilan vitamin boleh memudaratkan kesihatan". Haa yang ni memang susah sikit dipengaruhi.
2. Mahal: Vitamin memang jarang-jarang kita jumpa yang harganya kurang daripada RM10. Betulkah tidak?
3. Vitamin baru di pasaran: Zaman sekarang ini memang macam-macam vitamin baru yang dipasarkan. Tumbuh macam cendawan. Biasanya produk baru masih dalam proses 'trial-error', kita tidak pasti akan keberkesanannya. Itu pasal ragu-ragu mahu telan.
4. Salah fahaman "vitamins/supplements" sama fungsi macam "Ubat/drugs": Saya dulu pun ingatkan vitamin adalah sama seperti ubat. Oleh sebab itu, saya ingatkan orang sakit sahaja yang perlu makan vitamin. 
5. Dikelilingi dengan orang-orang yang anti-vitamin: Sememangnya banyak pengaruh orang sekeliling. 
6. Isu/kes-kes (negatif) yang berpunca daripada pengambilan vitamin: Biasanya kalau sudah baca kesan buruk/negatif vitamin memang timbul rasa curiga. Sebab itu, tidak mahu ambil vitamin sebab risau akan mengalami masalah yang sama. 
7. Keberkesanan vitamin: Sudah beli mahal-mahal tapi akhirnya tiada perubahan atau tidak memberikan kesan apa-apa. 

Keraguan sebenarnya bukan masalah kerana keraguan membuatkan kita berhati-hati sebelum terlambat. Keraguan itu penting kerana disebabkan keraguan itulah timbul perasaan ingin tahu. 

Sebenarnya ada banyak sebab keraguan mengambil vitamin. Bergantung kepada diri sendiri.

WitRegards_LorinMoslin

Lorin Moslin | +60128254342 (whatsapp/sms/call)
Pengedar Shaklee: COD Putatan-Kota Kinabalu-Tuaran-Kiulu
POS Seluruh Malaysia
Like FB Page kami di:
 Sudut Sihat Untuk Cntik - Lorin Moslin II

No comments:

Post a Comment